Tuesday, February 2, 2016

Borang Kekal 11% KWSP - 2016



Ni yg hangat diperkatakan..
so sape yg nk tetap 11%, kene isi borg khas..

KWSP 17A (Khas2016) 

isi by grop..senang skali harung... ni link borang utk memudahkan korg :)

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/153456/KWSP17A__Khas_2016___29012016.pdf

ni form nye.. 



kt bwh ni ade soalan2 lazim yg mgkin dpt membantu korang. chk it out.. :)

SOALAN-SOALAN LAZIM PENURUNAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA MULAI UPAH/GAJI MAC 2016

1. Apa yang dimaksudkan dengan penurunan kadar caruman syer pekerja yang diumumkan oleh kerajaan pada 28 Januari 2016?
 Ia adalah pengurangan kadar berkanun bagi syer pekerja mulai upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga upah/gaji bulan Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).

2. Mengapa berlaku penurunan kadar caruman KWSP syer pekerja?
Ia selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016.

3. Berapakah penurunan kadar berkanun syer pekerja?
 Penurunan kadar berkanun ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:-
 a) Pekerja/ahli yang belum mencapai umur 60 tahun Penurunan kadar caruman syer pekerja sebanyak 3 peratus daripada 11 peratus kepada 8 peratus; tertakluk kepada Jadual Ketiga Pindaan 2016.
 b) Pekerja/ahli yang telah mencapai umur 60 hingga 75 tahun Penurunan kadar caruman syer pekerja sebanyak 1.5 peratus daripada 5.5 peratus kepada 4 peratus; tertakluk kepada Jadual Ketiga Pindaan 2016.

4. Di mana majikan/pekerja boleh merujuk Jadual Ketiga Pindaan 2016?
Jadual Ketiga Pindaan 2016 yang baharu boleh diperoleh dari laman web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 16 Februari 2016.

5. Bilakah tempoh kuat kuasa penurunan kadar ini?
Mulai upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga upah/gaji bulan Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018). 2

6. Adakah syer majikan diturunkan?
 Tidak. Kadar caruman syer majikan kekal pada kadar semasa.

7. Bolehkah pekerja/ahli mengekalkan kadar caruman syer pekerja semasa?
Boleh dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas2016) iaitu Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) dan perlu dikemukakan kepada majikan untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada KWSP.

8. Di mana Borang KWSP 17A (Khas2016) boleh diperoleh?
Borang boleh diperoleh dari laman web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016.

9. Dimanakah majikan/pekerja boleh menghantar Borang KWSP 17A (Khas2016)?
Borang boleh dihantar ke kaunter atau di pos ke mana-mana pejabat KWSP Cawangan.

10. Bolehkah pilihan ini dibatalkan setelah pekerja/ahli mengemukakan Borang KWSP 17A (Khas2016) kepada KWSP?
Tidak. Pilihan tersebut terpakai untuk tempoh upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).

11. Bagaimana pilihan ini boleh terbatal?
Ia boleh terbatal dalam keadaan berikut:
a. mulai upah/gaji bulan Januari 2018 (caruman bulan Februari 2018);

b. pekerja/ahli bertukar majikan.


smbil2 tu sape nk cashback time beli online meh register shopback

https://www.shopback.my/?raf=ccyfaL

tk tau mcm mane leh baca lanjut kt entry saya sebelum ni..

http://hartinipunyerblog.blogspot.my/2015/05/duit-free-klik2-online-dapat-duit-kaki.html


ok babai..


set bersalin tropical herb RM 5off utk anda.. :)

wsap 013-9027002
hartini

No comments:

Popular Posts

Espring ada Otak?

 ~Ni merupakan otak espring.. cip-cip yang direka oleh saintis … jangka hayat filter epsring pun akan direkod kt sini… sampai masa.. ade sig...

Popular Posts