Friday, February 15, 2013

Set Bersalin AMWAY #TROPICAL HERBS


Assalamualaikum... Saya sharekn ape yg ade dalam satu set bersalin...  Setiap pembelian set bersalin ni kwn2 akn dpt bengkung percuma! Free!
Sesuai utk semua. 
Harga terbaik!! Boleh whatsap 0139027002 Hartini


Maklumat Produk 
SET BERSALIN AMWAY




Mmg dpt smbutan produk zaman turun temurun... Semulajadi.

Produk untuk Dimakan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran/herba)
• Lepas Bersalin 2 (8o kapsul sayuran/herba)


Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)


1. Teh Herba: Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.

• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Cara Pengambilan/Guna::-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.




2. Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi

• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.



3. Pil lepas bersalin 2: Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.

• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Cara Pengambilan/Guna::-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.



4. Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.

• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Cara Pengambilan/Guna::-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.


5. Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.

• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.



6. Campuran Peramping Perut (Tapel): Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.

Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Cara Pengambilan/Guna::-

Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut. Sebelum sapu herba, utk kesan yg lebih cepat sapukan dahulu miyk urut…

*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.




7. Campuran Penghangat Badan (Param): Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.

• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.




8. Campuran Penenang (Pilis): Menenang dan menyamankan dahi.

• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.



9. Minyak Urut Herba: Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.

• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.



10. Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.

• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Cara Pengambilan/Guna::-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.

p/s: minyak bayi boleh dibeli berasingan jika ingin menambah stok. Boleh digunakan sehingga bayi menjadi kanak2.


FREE BENGKUNG!

sms/watsap ye

013-9027002 hartini

terima kasih...

SEKARANG ADE YG VERSI BARU. KHASIAT YG SAMA CUME PACKAGING BARU. LEBIH PRAKTIKAL UTK IBU2 MUDA MENGUNAKAN NYE.





16 comments:

``~Masliza Ali ~`` said...

utk sekarang ni brapa harganya 1 set...

``~Masliza Ali ~`` said...

utk sekarang ni brapa harganya 1 set...

h a r t i n i said...

Harga masih sama..

Roney said...
This comment has been removed by a blog administrator.
h a r t i n i said...

conatct saya sms/watsap/wechat 0139027002

Miza said...

Assalam...ade stock lg?Klu nk cod area mn eh?

h a r t i n i said...

miza contact saya..sms/watsap/wechat 013-9027002

h a r t i n i said...

stok mmg avaible..cume perlu order saja. saya tk simpan stok kt rumah, bila org nak, bru saya order..2-3 hari insyallah smpai..

Miza said...

Alaaa..da naik harga ke..baru ingt nk order bln12 ni..huhu

h a r t i n i said...

miza harga masih sama..cuma update harga termasuk postage..sb ramai yg slah faham...
klu nk contact saya
013-9027002 watsap/sms

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
h a r t i n i said...

wslm..contact saya dear..sms/watsap 013-9027002. harga ttp same..cuma cara pos berbeza..

Anonymous said...

salam..harga masih sama ke skarang

h a r t i n i said...

harga blum revised lg..setkakt Jan 2014 harga masih sama.. bermula febuari 2014 harga ade naik sket...nanti saya akan buat pengumuman...

Anonymous said...

salam..set tropical herb masil avaivle.. boleh contact direct hartini. skang ni blog ni ada masalah sket...

Anonymous said...

saya beli set bersalin dgn puan hartini.. alahamdullilah.. sampai cepat, murah n baikhati mmberi kata2 semngat n panduan...

terima kasih!

saya terus lagi mmbeli mnyak telon amway utk baby saya..tkde kembung n selsa je..

Popular Posts

Espring ada Otak?

 ~Ni merupakan otak espring.. cip-cip yang direka oleh saintis … jangka hayat filter epsring pun akan direkod kt sini… sampai masa.. ade sig...

Popular Posts